Wednesday 28 December 2011





SELAMAT TAHUN BARU 2012 !!!!

Moga tahun baru ini memberi seribu pengertian pada diriku agar menjadi yang lebih baik.
Aku harap insan yang aku sayang sentiasa ingat padaku kerna hanya dia dalam diriku..
Tahun 2012, aku harap jua dapat memberi banyak warna kehidupan dalam hidupku.
Akan ku tempuh semua rintangan. Selamat Berjaya Semua!.......


D U I T M A L A Y S I A

Monday 25 July 2011


Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah dapat bertemu sekali lagi di bulan yang berkat ini. Bulan seribu bulan,penghulu segala bulan. Bila tiba ramadhan pasti rasa sedih,gembira. Dulu waktu kecik macam2 berlaku, hari pertama baru nk belajar puasa dah terlupa plak,bangun ja terus makan.tapi tak batal sebab lupa,bukan sengaja kan.Sekarang dah dewasa kena la puasa penuh.heheheh. Hmm..bulan puasa la bulan untuk kita kumpul banyak pahala untuk bekalan akhir nanti. Orang tua kata sapa tak puasa penuh tak leh raya. Tahun ni kita puasa sama bulan kemerdekaan negara kita MALAYSIA. Jadi dia pnya semangat merdeka,puasa dan raya di gabung skali pasti meriah..... Apa pn puasa tetap puasa menjadi kewajiban setiap umat Islam..

Thursday 7 July 2011

-Toyota AE86-
.INITIAL D.

Dari situ aku minat jentera laju ni..
Cara tohai pandu..wahhh!!!
Cukup mantap..
Jalan ceritanya menarik, lokasinya yang benar..
Jalan bukit la kata..
Driff meluncur dgn pantasnya ae 86 memacu kemenangan..
tengok3!!!
( gambar hiasan je!!!! )

Kereta ni aku dulu ada kt taman umah aku, tp sekarang dah xda xtaw la p mana. tidak leh la tgk selalu. Ntah macam mana aku leh minat kereta ni. Aku rasa masa 2 aku belajar lg kt polimas. Member aku la suruh aku tengok cite inital D ni, dia kata best. Tapi memang best pn. Best giler!!. Walaupun dah lama tp aku ttp minat sampai bila2. No.1 la kata.








SINOPSIS INITIAL D.

Kisah ini berkisar sekitar tahun 1990-an di daerah Gunma, mengisahkan tentang remaja berusia 18 tahun, Takumi Fujiwara yang membantu ayahnya menjalankan perniagaan kedai tofu dengan menghantar tofu setiap pagi ke sebuah hotel di Akina dengan menggunakan kereta Toyota Sprinter Trueno GT-APEX milik ayahnya. Kemudiannya didedahkan bahawa Takumi memandu di Gunung Akina setiap pagi untuk menghantar tofu ke puncak selama 5 tahun, sebelum memperoleh lesen memandu. Ini menyebabkan skil pemanduannya dalam perlumbaan jalan bukit menjadi tajam, yang mana beliau mampu memandu dalam pelbagai keadaan cuaca.


Peringkat pertama ( First Stage )

Cerita ini bermula dengan pasukan pelumba jalanan Red Suns, sebuah pasukan dari Gunung Akagi, tiba untuk mencabar pasukan tempatan Akina Speed Stars dalam satu perlumbaan "persahabatan". Selepas melihat pasukan Red Suns mempunyai skil yang tinggi, pasukan Speed Stars menganggapnya sebagai perlumbaan untuk mempertahankan maruah, dan berazam tidak akan dimalukan di laman sendiri. Bagaimanapun, Speed Stars berada dalam dilema kemudiannya apabila ketua pasukan mereka dan pemandu utama turun bukit Iketani terlibat dalam kemalangan ketika latihan.
Iketani kemudiannya mengetahui daripada Yuuichi, pengurus stesen gas tempatnya bekerja, yang menyatakan kereta terpantas di jalan turun-bukit Akina merupakan sebuah AE86 berwarna panda hitam-putih milik seorang pembuat tofu. Iketani kemudiannya menemui kereta tersebut di sebuah kedai tofu tempatan, dan mengetahui bahawa pemilik kedai tersebut, Bunta Fujiwara merupakan seorang bekas pelumba jalanan dengan reputasi tinggi ketika usia mudanya. Iketani merayu kepada lelaki tua tersebut untuk menggantikan tempatnya berlumba dengan Red Suns, dan yakin bahawa Bunta akan datang untuk menyelamatkan keadaan. Bagaimanapun, apabila tiba waktu perlumbaan, Takumi muncul dengan kereta AE86 ayahnya. Walaupun agak ragu-ragu pada awalnya, Iketani akhirnya membenarkan Takumi berlumba setelah Takumi membuat pendedahan bahawa dialah "Hantu Pergunungan Akina", yang memintas Keisuke ketika menjalankan rutin menghantar tofu. Takumi kemudiannya menewaskan Keisuke Takahashi yang menggunakan kereta Mazda RX-7 FD3S, menyebabkan kejutan di kalangan komuniti pelumba tempatan dan mengakhiri rekod kemenangan Red Suns.
Awalnya langsung tidak berminat dalam perlumbaan, Takumi kemudiannya menaruh minat ketika dia menerima cabaran dari pelumba lain. Dia kemudiannya memahami konsep "maruah seorang pelumba" apabila rakan-rakannya menasihatinya agar menolak cabaran seorang pelumba dari Gunung Myougi yang mewakili pasukan Night Kids, Takeshi Nakazato yang menggunakan kereta Nissan Skyline R32 yang berkuasa dan berteknologi tinggi. Perlumbaan menentang seorang lagi pelumba Night Kids, Shingo Shouji merupakan perlumbaan peribadi buat Takumi kerana Shingo mencuba untuk merempuh Iketani dan memaksa rakan baiknya yang juga rakan sekerjanya Itsuki terlibat dalam kemalangan setelah tersilap sangka kereta Itsuki sama dengan kereta Takumi. Selepas perlumbaan yang menyaksikan kekalahan Shingo, Takumi kemudiannya berlumba dengan pasangan pemandu wanita daripada pasukan Impact Blue dari Gunung Usui, yang memandu Nissan Sileighty.
Setiap perlumbaan menunjukkan lawan Takumi menggunakan kereta yang jauh lebih berkuasa daripada AE86 miliknya, dan dalam perlumbaan menentang Shingo, iaitu "Perlumbaan Maut" yang mana tangan kanan kedua-dua pemandu dilekatkan pada stereng, format yang mengurangkan kemampuan untuk mengawal kereta. Teknik ini nyata memberi kelebihan kepada kereta Honda Civic EG-6 Shingo, yang merupakan kereta FR. Walaupun mengalami kesukaran untuk mengawal AE86nya, Takumi berjaya mencipta tekniknya sendiri dan memenangi perlumbaan itu. Shingo sebelumnya cuba merempuh kereta Takumi dalam percubaannya untuk mengakhiri perlumbaan dengan keputusan seri, namun AE86 Takumi memasuki selekoh lebih awal dan mengelak EG6, menyebabkannya merempuh penghadang jalan. Perlumbaan menentang Impact Blue adalah yang pertama buat Takumi di luar Akina.
Perlumbaan dalam hujan pertama Takumi adalah menentang Kenta Nakamura daripada Red Suns, yang memandu Nissan Silvia S14 di Myougi setelah perlumbaan antara Keisuke dan Nakazato. Perlumbaan sebelumnya berlangsung sebelum hujan turun, dengan Nakazato mendahului Keisuke hinggalah tayar keretanya kehilangan cengkaman, memberikan ruang buat Keisuke memintas dan memenangi perlumbaan. Setelah itu, Kenta kemudiannya mencabar Takumi untuk berlumba dalam hujan, dan ini diterima olehnya. Kenta, yang mempunyai kereta yang lebih berkuasa, mendahului ketika perlumbaan mendaki bukit namun dipintas oleh Takumi ketika menuruni bukit, yang meninggalkannya dengan jarak yang jauh. Ini merupakan antara perlumbaan termudah Takumi, yang berpengalaman memandu dalam pelbagai keadaan cuaca.
Abang kepada Keisuke, Ryosuke Takahashi, yang merupakan ketua kepada Red Suns, merangka strategi yang disifatkannya sebagai "strategi sempurna" untuk menewaskan Takumi, berpandukan kepada simulasi komputer yang diciptanya. Ryosuke, yang merupakan pelumba popular dengan gelaran "Komet Putih Akagi" kerana menggunakan kereta Mazda RX-7 Savanna FC3S berwarna putih, mencabar Takumi di Akina. Namun, beliau tewas setelah dipintas oleh Takumi di antara selekoh terakhir Akina sebelum garisan penamat. Ryosuke mengakui bahawa Takumi lebih pantas daripadanya, dan menasihatinya supaya tidak terlalu berpuas hati dengan cabaran di Akina dan menempuhi cabaran lain yang lebih getir.


Peringkat Kedua ( Second Stage )

Kumpulan pelumba yang dikenali sebagai kumpulan Emperor, semua pelumba yang menggunakan Mitsubishi Lancer Evolution, tiba di kawasan Gunma, mengalahkan hampir semua kumpulan pelumba di Gunma. Namun salah seorang daripada mereka, Seiji Iwaki telah dikalahkan oleh Takumi dan ianya telah merosakkan kemenangan berturut-turut mereka. Ketua mereka, Kyouichi Sudo mencabar Takumi berlumba untuk "memberi pengajaran" dan menyembunyikan perlumbaan antaranya dan Ryosuke yang merupakan sasaran utama beliau. Sebelum itu, Takumi secara tidak sengaja telah terlihat Natsuki, kekasih hatinya sedang menaiki sebuah kereta Benz bersama dengan seorang lelaki. Ini menyebebkan Takumi berasa amat marah namun dia tetap pergi ke Akagi untuk berlumba dengan Kyouichi Sudo. Malangnya, enjin AE86 Takumi meletup ketika perlumbaan. Walau bagaimanapun, Kyouichi tidak menganggapnya sebagai satu perlumbaan rasmi dan menyuruh Takumi mendapatkan kereta lain yang lebih berkuasa untuk berlumba. Perlumbaan antara Kyoichi dan Ryosuke turut menyaksikan perbezaan pendapat antara kedua-duanya, yang mana Kyoichi berpendapat bahawa pelumba litar professional mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk berlumba di jalan pergunungan ( touge ), sedangkan Ryosuke berpendapat sebaliknya. Ryosuke berjaya menewaskan Kyoichi setelah menganalisa kelemahan Kyoichi yang tidak mempunyai keyakinan mencukupi untuk mengambil selekoh hala kanan. Ini adalah disebabkan Kyoichi tidak biasa dengan keadaan jalan dua hala, disebabkan touge Irohazaka yang merupakan pangkalan Emperor adalah jalan sehala. Kemenangan ini telah membuktikan bahawa teori Ryosuke adalah tepat.
Dalam masa itu, Bunta mengetahui bahawa enjin AE86 telah mencapai jangka hayatnya dan telah bersiap sedia dengan enjin baru. Walaupun telah mengetahuinya, Bunta tidak menukar enjin tersebut dengan lebih awal kerana mahukan Takumi "kalah" dalam perlumbaan, yang mana dapat memberi pengajaran dan mematangkannya dalam menghadapi perlumbaan. Beliau kemudiannya membeli sebuah enjin baru, Toyota 4A-GE 20 Valve Twin Cam yang dikhususkan untuk perlumbaan yang mana digunakan dalam perlumbaan Japanese Touring Car Championship. Ia agak pelik kerana enjin tersebut biasanya dikhususkan untuk perlumbaan sahaja dan bukannya kepada kereta biasa. Malah, dalam siri ini tidak diberitahu di mana Bunta mendapatkan enjin tersebut. Bunta memasang enjin tersebut tanpa turut memasang tachometer baru, bertujuan mengajar Takumi tentang pentingnya kemahiran mekanikal dalam memahami sesuatu kereta, malah beliau sudah bersiap sedia dengan komponen tersebut, sekiranya Takumi memerlukannya kelak. Takumi kemudiannya mengetahui bahawa beliau memerlukan tachometer baru setelah diberitahu oleh Wataru Akiyama, seorang mekanik yang juga merupakan pemandu AE86 seperti Takumi. Cuma bezanya, Wataru memandu AE86 Levin manakala Takumi memandu AE86 Trueno.
Setelah Takumi menguji enjin baru tersebut, Wataru mencabar Takumi berlumba di mana-mana tempat yang dipilih sendiri oleh Takumi. Memilih trek pangkalan Wataru, Shomaru, perlumbaan itu dijalankan walaupun berisiko tinggi memandangkan keadaan jalan yang sempit, terbiar dan tidak diselenggara dengan betul. Takumi kemudiannya berjaya memintas Wataru di sebuah selekoh sempit, yang mengejutkan pemandu Levin tersebut dan memenangi perlumbaan.


Peringkat Extra ( Extra Stage )

Diterbitkan sebagai OVA, peringkat ini lebih memfokuskan kepada pasangan pelumba Impact Blue, Mako Satou dan Sayuki. Ini disebabkan populariti mereka di kalangan peminat.
Ketika permulaan Extra Stage, Mako sedang berada dalam kekecewaan setelah apa yang difikirkannya sebagai satu 'penolakan' daripada Iketani, apabila rakan lama Sayuki, Shingo ( pelumba Myougi Night Kids ) bersama rakannya Nakazato tiba dan memberi amaran kepada mereka tentang ketibaan pasukan Emperor di daerah itu. Berada dalam keadaan tidak stabil telah memberi kesan kepada pemanduan Mako, dan ianya telah menggugat keyakinannya dalam menghadapi cabaran pelumba pasukan Emperor itu. Kedatangan pasukan Emperor ke Usui telah meletakkan seorang wakil mereka yang memandu Evo 4, yang memandang rendah kemampuan pasangan pemandu wanita itu dan yakin akan menang mudah. Keadaan menjadi sebaliknya apabila pelumba Evo 4 tersebut gagal menyaingi Sil-80 tersebut sehinggalah tiba di selekoh sukar C-121, yang mana Evo 4 tersebut merempuh rel penghalang jalan dan mengakibatkannya hilang kawalan. Shingo dan Nakazato tiba lewat dan tidak sempat melihat keseluruhan perlumbaan, dan menyangkakan pasangan Impact Blue tersebut tewas. Namun, mereka terkejut setelah diberitahu bahawa keadaan berlaku sebaliknya.
Mako kemudiannya berhubung rapat dengan seorang lelaki bernama Miyahara, yang merupakan seorang pelumba sebelumnya. Bagaimanapun, dia bercadang untuk berhenti memandangkan beliau sudah hilang minat dan mengetahui bahawa skil dan tekniknya tidak sebaik mana. Malah, beliau bercadang untuk mendapatkan sebuah SUV untuk menggantikan kereta MR2 yang dipandunya sebelum ini. Ketika hubungan mereka berdua semakin rapat, Miyahara mengharapkan Mako supaya berhenti berlumba disebabkan beliau risau akan keselamatannya ketika berlumba.
Bagaimanapun, setelah Mako membawanya dalam satu pemanduan di sebuah trek pergunungan, Miyahara kemudiannya memahami yang Mako tidak akan berhenti berlumba dan menyedari yang Mako sebenarnya meminati seorang lelaki lain, Iketani.


Peringkat Ketiga ( Third Stage )

Ryosuke menawarkan Takumi untuk menyertai sebuah pasukan yang sedang ditubuhkannya, yang mana mempunyai pelumba terbaik di daerah Gunma. Bagaimanapun, Takumi enggan membuat keputusan sehingga beliau menebus kekalahannya kepada Kyoichi. Takumi kemudiannya datang ke Irohazaka untuk mencabar Kyoichi. Ketua pasukan Emperor tersebut meletakkan syarat: Beliau akan membenarkan Takumi berada di depannya, sekiranya Kyoichi berjaya memintas, Kyoichi akan diisytiharkan pemenang. Sebaliknya sekiranya Takumi berjaya menghalang Kyoichi daripada memintasnya, maka Takumi akan diisytiharkan pemenang. Takumi kemudiannya mengatakan bahawa syarat itu tidak adil, namun dinafikan oleh Kyoichi. Akhirnya, Takumi berjaya menghalang Kyoichi daripada memintasnya. Walaupun Takumi menganggap ianya seri, namun Kyoichi mengakui kekalahannya memandangkan baginya seri di tempat sendiri lebih kurang sama dengan kalah. Namun apa yang lebih penting bagi Takumi, Kyoichi mengakui kemampuan AE86 setelah awalnya memandang remeh kemampuan kereta tersebut.
Kai Kogashiwa, yang merupakan anak kepada pesaing Bunta dahulu, Ken Kogashiwa, kemudiannya mencabar Takumi setelah mengetahui Takumi telah menewaskan sasaran asalnya, Kyoichi. Kai dan ayahnya telah merangka strategi yang pernah digunakan Ken ketika berlumba menentang Bunta, iaitu memintas di selekoh ke-33, 36, 37, 38 dan 39, yang mana taktik "in-air jump" digunakan. Bunta telah memberi tips secara tidak langsung kepada Takumi untuk mengatasi Kai, setelah menjangkakan Kai akan berada di depan Takumi pada babak kedua perlumbaan. Takumi kemudiannya dapat memahami tips tersebut, malah berjaya meniru taktik "in-air jump" Kai dan memenangi perlumbaan.
Peringkat ini turut menampilkan Miki, bekas pelajar di sekolah tinggi tempat Takumi dan Natsuki belajar yang mana pada awal siri menunjukkan Takumi pernah menumbuknya setelah terdengar kata-kata Miki tentang hubungan seksualnya dengan Natsuki. Ketika itu adalah musim Krismas, dan Natsuki membuat kejutan dengan muncul di rumah Takumi dan menyambut Krismas dengannya dan Bunta. Pada hari Tahun Baru, Miki memaksa Natsuki mengikutinya ke puncak Akina dan cuba mencabulnya, namun panggilan kecemasan yang dilakukan Natsuki kepada Takumi berjaya menyelamatkannya.
Ketika musim bunga tiba, Takumi memberitahu Ryosuke yang beliau inginkan satu lagi perlumbaan antara mereka di Akagi, sebelum membuat keputusan tentang penyertaannya dalam pasukan Ryosuke. Pemenang perlumbaan tidak diketahui, namun semasa ia berlangsung Keisuke telah memberitahu ahli Red Suns lainnya bahawa keputusan perlumbaan adalah tidak penting. Setelah kedua-duanya tiba di garisan penamat sebelah-menyebelah, Takumi mengambil keputusan untuk menyertai pasukan tersebut.


Battle Stage

Keluaran khas ini mengumpulkan kesemua perlumbaan besar daripada dua keluaran Initial D sebelumnya. Ia menggunakan penghasilan animasi baru dalam bentuk CG bagi babak perlumbaan dan tidak menggunakan klip daripada siri-siri terdahulu. Keluaran ini turut menampilkan perlumbaan antara Keisuke dan Seiji, yang mana hanya terdapat dalam edisi manga. Edisi ini turut mengambil muzik latar daripada album Super Eurobeat yang baru, selain menampilkan ulasan khas daripada legenda drift, Keiichi Tsuchiya.


Peringkat Keempat : Project D ( Fourth Stage : Project D )

Lebih menjurus kepada pasukan Project D yang ditubuhkan Ryosuke, yang terdiri daripada beliau sendiri selaku ketua pasukan dan pengatur strategi, Takumi ( pakar turun bukit ) dan Keisuke ( pakar mendaki ) dan staf yang kebanyakannya daripada ahli Red Suns. Pasukan itu mengunjungi beberapa wilayah lain, mencabar pasukan lain dan menghantar keputusan perlumbaan di laman web mereka. Takumi menjadi semakin matang menjadi seorang pelumba yang lebih berkeyakinan dan serba tahu, manakala Keisuke telah meningkatkan lagi kemahiran teknikal pemanduannya. Pasukan tersebut turut ditubuhkan Ryosuke memandangkan beliau menyedari yang beliau hanya mempunyai masa yang singkat untuk berada dalam dunia perlumbaan jalanan sebelum memasuki sebuah institusi perubatan. Takumi kemudiannya menghasilkan sendiri beberapa taktik, seperti taktik "Blind Attack" dan turut mengetahui tentang "4WD Complex" setelah dipintas oleh sebuah Subaru Impreza WRX STi, sebuah kereta 4WD, ketika satu daripada penghantaran tofunya. Beliau kemudiannya mengetahui bahawa pemandu Impreza tersebut adalah Bunta sendiri, yang kemudiannya membenarkan beliau memandu Impreza dan AE86 secara berganti-ganti untuk meningkatkan skilnya dan memahami tentang kemampuan kereta moden.
Pihak lawan Project D menjadi semakin sukar, selain daripada semakin licik dan mengancam. Mereka telah menewaskan pasukan tempatan Seven Star Reaf di Tochigi, pelajar sekolah perlumbaan Todojyuku di Happogahara, pasukan Northern Saitama Allince, dua samseng yang memandu Lancer Evolution dan akhir sekali dua pelumba veteran dikenali sebagai God-Hand dan God-Foot, yang masing-masing memandu Honda S2000 dan Nissan Skyline GT-R BNR34 Nur. Edisi ini turut menimbulkan sedikit babak romansa, yang mana Kyoko Iwase daripada Northern Saitama Alliance menyuarakan perasaannya kepada Keisuke, malah meminjamkan kereta Mazda RX-7 miliknya kepada beliau. Namun, Keisuke memutuskan untuk terus terlibat dalam perlumbaan. Wataru pula cuba mencari kelemahan Project D dalam usaha menewaskan mereka, namun setelah Project D menguasai Saitama, beliau memberi beberapa tips kepada Takumi.
Takumi telah belajar banyak perkara, antaranya teori "infinite lines" dan teori pemanduan satu tangan daripada pemandu God-Hand, Toshiya Joshima. Keisuke pula dipelawa oleh God-Hand Kouzou Hoshino untuk memasuki era perlumbaan profesional, namun Keisuke menolak, mengatakan yang dia masih mempunyai banyak perkara hendak dicapainya dalam dunia perlumbaan jalanan.








ae86!
ae86!
ae86!

Saturday 2 July 2011

<INSAN YANG AKU SAYANG SELAIN FAMILY AKOW>



.NUR ATIKA BINTI ANUAR.

Dia buahati aku dunia akhirat. Aku memang cinta dya sepenuh hatiku. Aku kenal dia time World Cup tahun lepas. Aku Portugal dia Jerman. Dia banyak happykan aku. Tak ada dia aku sunyi. Tapi kami selalu bergaduh gk,apa2pun cpt2 kami setel. Tak leh nk lama2. paham2 la. hehehe..
Tapi sekarang kami dh berjauhan antara satu sama lain. Dia dk Johor aku Kedah, kutub utara kutub selatan tuu.!
Mana tahan.! Tapi aku sabar menanti!menunggunya..
i love u cyg.








.MASTURA BINTI RASHID.

Budak kecik ni adik angkat aku.hehehe. Antara insan yang aku sayang gak. Aku kenai dia dekat 2tahun,lebih kurang la. Kenai dari member aku. Sekarang dia insan yang berjaya dalam hidup. Aku tumpang bangga dengan kejayaan dia. Syabas! adik abg, selama ni macam2 dugaan yang mas tempuh,liku2 hidup mas penuh duri tp mas tabah hadapi semua cabaran yang datang. Abg bangga dgn mas. !!!!! Lakukan yang terbaik Ok..! Abg sentiasa ada untuk mas, sentiasa doa tuk mas. Terima kasih kerna terima abg seadanya. Abang sayang kamu!!








Mereka selalu bersama dengan akOw..
Suka duka,senyum tawa,guraw senda,gaduh..
Selalu ja bersama dengan mereka..
Aku sayang kamoo berdua..
Cyg Yunk, Adik Abang
.LOVE LOVE LOVE.
Mesti kena kata punya..hehehe
tp biar la aku sayang dia...
xsalah kn..?
dya memahami aku..cehhh!!!
jiwang ckit...
apa pn kira aku cinta dya la..
abeh cite..
jgn jelez ye...!!!!!
love forever!!!!
hahahahahahah


.aku sayang kalian.


.DARI NAZRY.
2011

Thursday 26 May 2011

TENTANG AKOW!! ( anter )


Mohd Nazry Bin Abdullah


akow
Nama aku nazry..
dk kt merg0ng KEDAH...
yang taw taw la aku ni cm ne..hahaha
lupa plak nk bg salam..
Assalamualaikum semua..
Yang tengok blog aku terima kasih..
baru nk jinak2 dgn blog plak....hahaha
aku nk gtaw pasal diri aku ni pn xtaw cm ne...
pandai2 ampa la no...
Aku nk berkawan dgn semua orang..
tp ada jnis yang xmaw berkawan..
akow pun pelik..
                                             Dunia!!Dunia!!




anter ( ERIKA )


.anterNAZ.com2011.